السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENGENALAN
OBJEKTIF
Objektif utama kayuhan ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan penduduk Mahkota 6 disamping mendedahkan penduduk kepada aktiviti berbasikal sebagai senaman ideal bagi masyarakat di setiap peringkat umur dan latar belakang. Aktiviti ini juga menjadi trend anak muda dan golongan dewasa masa kini bagi mengisi masa senggang disamping dapat menyihatkan tubuh badan.
KATEGORI KAYUHAN
Kayuhan akan terbahagi kepada 2 laluan iaitu :
- Laluan ceria keluarga (+/- 5 km)
- Laluan bahagia & sejahtera (+/- 15 km)
SASARAN PENYERTAAN
Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 200 penyertaan.
KONSEP KAYUHAN
Kayuhan adalah berkonsepkan kayuhan mesra alam, santai, ceria berjenaka, bahagia bersama keluarga dan bukannya bersifat perlumbaan. Tiada ranking atau medal akan diberikan. Walaubagaimanapun, peserta yang mendaftar sebelum 10 Mei 2014 akan diberikan sehelai 't-shirt limited edition' dan berpeluang memenangi cabutan bertuah.
PENDAFTARAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Mahkota 6.
Borang pendaftaran oleh didapati di Surau Al-Buhairah atau memuat turun borang yang disertakan di sini.
Yuran Pendaftaran :
Individu RM15
Keluarga : Basikal Pertama : RM15
Basikal Kedua : RM15
Setiap Basikal seterusnya : RM10
Borang pendaftaran oleh didapati di Surau Al-Buhairah atau memuat turun borang yang disertakan di sini.
Yuran Pendaftaran :
Individu RM15
Keluarga : Basikal Pertama : RM15
Basikal Kedua : RM15
Setiap Basikal seterusnya : RM10
Cara pembayaran :
1. Tunai. Sila telefon untuk temujanji :
Ishal Ismail 013 364 8662
Ahmad Busari 019 220 2201
Haji Jafni 019 324 7203
Helmi 013 212 2476
2. Bank in.
Bank : Maybank Berhad
No akaun: 164557121392 (ISHAL ISMAIL)
Sila email bukti transaksi ke m6funride@gmail.com atau whatsapp ke 013 364 8662
Tarikh tutup penyertaan : 10 Mei 2014
PERINGATAN
1. Semua peserta diwajibkan untuk memakai pakaian yang sesuai, topi keledar dan kasut.
2. Sila pastikan basikal dalam keadaan baik semasa kayuhan bagi mengelakkan sebarang risiko.
1. Semua peserta diwajibkan untuk memakai pakaian yang sesuai, topi keledar dan kasut.
2. Sila pastikan basikal dalam keadaan baik semasa kayuhan bagi mengelakkan sebarang risiko.
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian anda sendiri.
Jom kita terokai keindahan Bukit Mahkota dalam suasana kayuhan mesra alam, santai, ceria berjenaka, bahagia bersama keluarga dan bersatu melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Bukan jarak yang menjadi ukuran, tetapi semangat kejiranan dan kekitaan yang lebih utama .. Jommm kita eratkan ukhuwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan